Iklan

Aug 26, 2008

Kala dugaan bermula.

Aku sedar, kesihatan aku kurang baik sejak akhir-akhir ni. Kemudian, pada waktu-waktu ini juga segala macam perasaan datang bercampur baur. Sekejap 'moody', sekejap ok jer, kejap-kejap karang, rasa macam orang yang gembira, senyum dan ketawa serta mengetawakan orang. Sukar untuk tidak berkongsi masalah dengan sesiapa, dan sukar juga untuk memendam semua rasa itu sendiri. Hati ini bagai menggeletik ingin meluahkan segala kerisauan, ketakutan, keraguan, dan segala jenis rasa yang berbaur ini. Last-last, kawan lama juga yang dicari. Serba sedikit mendengar pandangan, meluahkan kebimbangan, dan biarpun sedikit kelegaan telah meresap ke dalam diri, masih ada ketidakpuasan hati.

@11.07 pm, with streamyx @ home at last.
I know internet ada banyak kegunaan pada zaman IT sekarang. Tetapi, aku juga tahu dan sedar, untuk mengejar kemajuan, kita juga kena sedar dengan kedudukan itu. Bukannya apa yang membuatkan aku install streamyx kat rumah ni. Every month i need to pay RM49.95 to tm for telephone bill yang mana jarang sangat digunakan. Mak kekadang ada la call abang yah kat johor yang memang jarang call rumah. Busu plak (tinggal di KL) biasa telefon handphone aku jer. Maxis to maxis, murah la kan. Tak pun aku buat miss call kepada dia, sebab aku tahu prepaid dia tak pernahnya luak. Hehe.. So, add up RM10 for this streamyx. Rasanya, untuk kat rumah aku, tak der la rugi sangat. Tak tahu la kalau kat rumah orang lain camner.

So, malam ni i'm blogging through my laptop at home, at my room. Karang kalu adik aku nak guna, pandai-pandai la dia sambung ke pc dia kat luar tu. Tak pun, siang-siang hari masa aku kerja, dia layan la internet kalau dia tak kerja.

Ok.. nak layan magazine lak, before sleep. Esok kerja.. tak nak fikir banyak-banyak.. just think positive..Good nite malaysia..
Oh yer.. Tahniah Datuk Sri Anwar Ibrahim untuk kemenangan di Permatang Pauh malam ni!

Aug 24, 2008

Sayu.

Pernahkah terasa,
suatu perasaan yang membengkam di dada,
tak terluah dengan kata-kata,
sakitnya, peritnya,
sesaknya bagai nafas yang lelah,
hanya kita yang merasa...

Pernahkah merasa,
keseorangan, kesepian,
kesunyian saat memerlukan,
hanya alam yang menemankan,
diatas,
langit membiru,
mengikuti setiap langkah..
disekeliling,
udara berhembus,
mengiringi tiap perjalanan..

Aduhh... It's being 4 days, aku terasa bagaikan berada dalam bilik tertutup, sunyi sepi, tiada sesiapa, sangat menakutkan. Last few days, aku bermimpi bagaikan ada kuasa sihir hendak menguasai, hinggakan dari dalam mimpi sehinggakan aku terjaga, ayat 'Lailahaillah' tidak berhenti-henti terucap di bibirku. Aku masih sempat mendengar ayat itu terucap sebaik sahaja aku terjaga, dan cepat-cepat aku beristighfar. And then, keesokan malamnya, aku bermimpi pula kawan aku mati dibunuh. Selepas dia meninggal, aku masih melihat dia seolah-olah dia sengaja memunculkan diri dihadapan aku. Malam kelmarin pula, i got a really sad dream. Aku kehilangan orang yang paling aku sayang dalam mimpi itu. Dah la dalam berapa hari ini, kesihatan aku sangat tidak memberangsangkan. Hari-hari aku, aku rasakan sangat mendung seperti hari nak hujan, tapi hujan tak turun-turun juga!

Aug 20, 2008

Ketika makan tengahari..

Makan nasi ayam beramai-ramai di pejabat (duduk bertimpuh di atas lantai berkarpet) seperti makan kenduri (orang terengganu sebut, 'makan gulai'), sambil berborak-borak memang seronok. Hingga tanpa sedar, waktu sudah membawa ke jam 3 petang. Topik yang dibincangkan hari ini ialah tentang orang yang mengambil dadah, ganja, dan yang sewaktu dengannya, dan pengalaman berhadapan dengan orang seperti itu. Of course aku tidak punya sebarang pengalaman berhadapan dengan orang-orang yang terlibat dengan perkara-perkara tersebut. Cuma apa yang aku tahu, hanyalah daripada pendengaran, penglihatan, pembacaan dan pengamatan, daripada persekitaran. Sekurang-kurangnya aku tidaklah terlalu buta akan sesuatu perkara.

Kekadang kita terfikir, kenapa mereka sanggup berbuat begitu, atau begini. Dan barangkali kita jadi hairan, dan terfikir 'tidak berfikirkah mereka akan masa depan mereka, atau setidak-tidaknya, manusia di sekeliling mereka, atau paling 'koman'pun keluarga mereka?'. Akan tetapi, itu lah.. kita tidak berada ditempat mereka, kita tidak tahu apa yang mereka rasa. Seperti kata seorang kawan, situasi, keadaan dan persekitaran itu yang membezakan kita semua. Maka sesuatu masalah itu kita hadapi dan tangani dengan cara yang berbeza. Pemahaman kita juga berbeza-beza.

Meminjam kata-kata Wani hari ini (thanks Wani!).. "To look is one thing. To see what you look is another thing. To understand what you see is still something else. But to act for what you understand is all that really matters".

Aug 18, 2008

Perjalanan.

Hidup ini adalah suatu perjalanan yang sangat panjang...tapi, of course la kan.. perjalanan yang lurus tu mungkin sekejap jer. Lepas tu, mungkin akan ada cabang dua, simpang tiga atau empat, di mana kita perlu membuat pilihan jalan yang mana hendak kita teruskan. Kemudian mungkin lagi ada jalan yang bagaikan ular dipalu (betul ker ayat tu?) dan mungkin akan jumpa selekoh tajam. Begitulah kehidupan ini kan. Bukan sahaja banyak masalah yang perlu dihadapi, setiap langkah perlu berhati-hati, dan banyak keputusan yang bijak perlu diambil. Akan tetapi, itulah bunga-bungan kehidupan. Tanpanya, hidup muram, sepi dan hilang serinya. Aku sendiri pernah terfikir macamana rasanya mencinta, dicintai dan putus cinta, apabila rasa seperti sudah lama tidak merasa perasaan syahdu itu. Isshh... terjiwang plak. Hehe..

Bagaimana agaknya jika tersilap membuat pilihan dalam hidup ni yer? Baru-baru ini ketika menghadiri suatu kursus (berkaitan Condition of Contract revision 2007), ramai sahabat-sahabat lama (adik-adik) yang seangkatan dengan aku di syarikat lama dulu yang aku temui. Salah seorangnya, yang memang rapat dengan aku dan tidak pernah putus hubungan sehingga sekarang. Daripada pendengaran aku (dia duduk disebelah aku di dalam dewan), cara percakapan dia dengan emak dan husband dia melalui telefon semacam ada masalah. Bukan bermakna aku mencuri dengar, tetapi memandangkan dewan sunyi dan hanya kedengaran suara penceramah, nak tak nak telinga aku menangkap juga biji percakapannya. Yer la, takkan aku nak tutup telinga, kan. Aku rasa dia ada masalah dengan husbandnya, apabila kedengaran dia bertanya dengan nada menahan perasaan (tak pasti perasaan marah atau kecewa), 'kenapa abang tak pergi kerja?'. Ok, that the issue here... when husband are not working, while wife are 'tak cukup kaki tangan' bekerja.. Ada ke yang boleh menerima pernyataan itu? Ini bukan bererti kawan aku itu mungkin silap membuat pilihan, cuma barangkali dia perlu lebih bersedia menghadapi masalah-masalah yang bakal timbul akibat pilihan yang telah dibuat.

Apa yang aku nampak di sini ialah, apabila kita telah bersedia untuk menerima seseorang di dalam hidup kita, maka kita kena terima juga keburukan-keburukan dia, dan masalah-masalah yang dibawa bersamanya, bukan hanya kebaikan atau kekacakan atau kejelitaan dia sahaja. Kerana, tiada manusia yang sempurna di dunia ini. Sekiranya kita tidak boleh menerima ketidak serasian kita itu, kiranya tidak bersedia untuk memberi dan menerima dalam kebanyakan hal, pada pendapat aku la.. tak perlu diteruskan perhubungan itu. Mungkin perhubungan sebagai hanya kawan lebih baik.

Bukankah perjalanan hidup ini masih panjang, kalau bukan disini, mungkin disana.. di alam yang kekal..

Aug 17, 2008

Ramadhan yang bakal menjelang.

Malam semalam merupakan malam nisfu syaaban. Alhamdulillah, solat sunat nisfu syaaban dan 3 kali bacaan Yasin selamat disempurnakan. Semoga Tuhan memanjangkan umur, dilimpahkan rezeki yang halal dan dikuatkan iman. Semalam juga cuti sekolah bermula. Banyak kenduri kahwin yang perlu dihadiri. Perkara biasa apabila cuti sekolah bermula. Ramai yang mengambil kesempatan untuk mengadakan kenduri kahwin. Dan untuk aku, nampaknya Tuhan masih tidak mengingini dan membenarkan perkara tersebut berlaku dalam tempoh yang terdekat ini. Aku pasrah. Biarlah.

Dua minggu lagi, ramadhan akan menjelang tiba. Dan pada mata seorang aku, sudah terbayang-bayang ramadhan yang telah berlalu pada tahun-tahun sebelum ini. Ramadhan ketika aku bergelar seorang isteri dan bakal ibu (pada masa itu kandunganku berusia 8 bulan). Ketika itu tahun 2002 (tahun pertama aku bergelar seorang isteri) dan aku sempat merasa berpuasa, berbuka puasa, bersahur dan berhari raya dirumah keluarga mertua. Oppsss.. terlalu banyak kenangan yang cuba aku lupakan, mungkin kerana aku tidak mahu bersedih mengenangkan kenangan yang pernah membahagiakan itu.

Ramadhan tahun 2003, of course ramadhan yang paling menggembirakan disamping permata hatiku, biarpun terselit peristiwa yang paling memeritkan dan meninggalkan kesan sepanjang hayatku. Dania pada masa ini, sudah boleh berdiri jatuh. Adakalanya ketika aku bangun untuk bersahur, dia akan turut terjaga apabila dirasakan sudah tiada siapa disisi menemaninya tidur. Dia akan menangis, dan aku atau ayah, yang mana sudah habis makan dahulu, akan cepat-cepat meluru mendapatkannya. Selepas itu, dia susah untuk tidur semula dan adakalanya, dia baru tertidur semula ketika aku sudah bersiap-siap untuk pergi kerja.

Ramadhan 2004, masih seperti ramadhan pada tahun sebelumnya. Cuma, Dania ketika itu sudah pandai bangun sendiri dan mencari di mana mama dia. Tup, tup, dia sudah tercegat di lorong yang menuju ke dapur. Tahun 2005, aku berpuasa di skudai, johor. Kembali bergelar pelajar, pada masa yang sama pekerja separuh masa di Secret Recepi. Seperti biasa (seperti ketika tinggal membujang di kuala lumpur beberapa tahun sebelumnya), aku jarang bersahur dan biasanya cuma bangun untuk minum air sahaja. Bagaimanapun, kerana galakan secara tidak langsung sahabat serumah (adik Aishah) yang rajin bangun bersahur, maka rajin jugaklah aku join dia dan azza, makan sambil menonton video cd.

2006, ramadhanku sebagai penganggur lepasan sarjana (hehe..). Dania pada masa ini adakalanya bersahur bersama-sama aku, mak, ayah dan cik (adik aku). Memandangkan ketika itu aku tidak bekerja, maka aku banyak menghabiskan masa dengan mengaji al-quran (sudah lupa samada aku sempat mengkhatamkannya atau tidak pada tahun tersebut), dan pada ramadhan tersebut juga, aku sempat belajar menjahit 'tikam leher' dan menjahit manik pada baju kurung Dania.

Ramadhan tahun lepas, aku sudah berkerja di sini dan projek terbesar syarikat ini sedang rancak berjalan. Banyak undangan berbuka puasa dengan supplier yang aku hadiri, dan hubungan aku dengan seseorang juga sangat baik ketika itu, biarpun banyak juga dugaan-dugaan yang menguji kesabaran berlaku. Dania sedang bersekolah tadika dan dia biasanya tidur lena ketika kami sekeluarga sedang bersahur. Kemudian, bangun pagi seperti biasa (jam 6.30 pagi), mengejutkan aku yang baru sahaja terlena kembali selepas solat subuh. Bayangkan...

Pastinya ramadhan yang bakal menjelang ini, aku mengharapkan yang baik-baik sahaja. Dan berikut ialah senarainya.. hehe..
1. Perbanyakkan ibadat dan membaca al-quran (kalau boleh biar khatam!)
2. Mengurangkan pembaziran (biasanya yang ini berjaya, sebab aku dan keluargaku memang jarang makan banyak)
3. Mengajar dania dan mak mengaji quran, Insyaallah.
4. Mengurangkan persediaan untuk menyambut raya (untuk Dania sahaja tak ape sebab dia masih budak kecik) contoh baju raya dah cukup dengan yang ada, dan kek dan biskut tak payah buat, cukup dengan yang adik (suri) dah tempah.
5. Memasak sendiri! Aku dah jarang masak sekarang sejak sibuk dengan tender ni. Dah lama aku tidak membuat puding, dan kek yang terakhir aku buat ialah kek strawberi selepas balik dari cameron highland pertengahan bulan lepas.

Okay, cukuplah dulu senarai perkara perancangan untuk ramadhan tahun ini. Nanti akan ada pula perancangan untuk menyambut hari raya yang sederhana.. hehe..

Aug 11, 2008

Kenangan.

Apabila terdengar lagu ini (Gadis Misteri oleh Amy search yang di'download' oleh Wan di pc aku), aku teringat balik zaman sekolah aku dulu-dulu, sekitar tahun 1989 sehingga 1991, di sebuah sekolah agama jauh di jalan kuala berang. Semestilah pada masa itu aku rasa sekolah itu sungguh jauh (hampir sejam dengan bas sekolah yang hampir setiap 10 minit berhenti mengambil penumpang!), kerana punggungku hampir sengal dalam sejuk cuaca pagi membonceng motor ayah apabila tertinggal bas sekolah.

Pada masa itu, ketika dalam perjalanan pergi dan balik dari sekolah, telinga aku akan dihidangkan dengan lagu-lagu rock zaman itu. Dan kebiasaanya lagu-lagu yang menjadi pilihan pemandu bas ialah lagu Search, Wings dan Ella. Sambil mendengar lagu-lagu itu, mataku pula dihidangkan dengan pemandangan sepanjang jalan yang berbukit, kawasan sawah padi, rumah-rumah kampung yang penuh dengan pelbagai jenis bunga di halaman, sehinggakan aku boleh hafal rumah-rumah dan pokok-pokok yang ada selama 3 tahun berulang-alik melalui jalan yang sama itu. Dan yang paling aku gemari ialah melihat matahari naik sekiranya kebetulan bas sekolah datang lebih awal (kebiasaanya ialah pada jam 6.20 pagi dan sekiranya aku terlewat walaupun seminit, aku akan ditinggalkan. Rumah aku selang tiga buah rumah daripada jalan raya) sekitar pukul 6.15 pagi dan aku akan sampai awal ke sekolah (hampir 7 pagi), kerana ramai yang ditinggalkan oleh bas sekolah. Jadi aku akan berkesempatan melihat matahari yang seperti bebolah api merah naik di celah-celah bukit dan pokok-pokok yang nampak kekelabuan. Pemandangan itu sungguh mengagumkan dan apabila aku meninggalkan sekolah tersebut kerana dapat melanjutkan pelajaran le tingkatan 4 di sekolah yang lebih baik di kawasan bandar, aku tidak lagi dapat melihat semua itu...

Dan sekarang pada Ogos 2008, semuanya itu telah berubah. Biarpun bangunan dan tempat aku berdiri menikmati cahaya matahari naik di waktu pagi itu masih ada, pemandangannya tidak lagi sama. Semakin banyak bangunan didirikan, dan hutan dan bukit juga semakin berkurangan.

Manusia juga berubah, biarpun wajah dan orangnya masih orang yang sama...

Aug 4, 2008

Hari yang malang dan suram

Terasa. Berjauh hati. Aku menangis teruk jugak hari ini. Betapa aku berkecil hati. Perkara-perkara yang berlaku ini membuat aku membuat pelbagai andaian. Aku hanya diperlukan ketika mereka memerlukan. Dan apabila, aku tidak lagi diperlukan, aku akan dibuang jauh-jauh. Tidak lagi dipeduli, apa lagi hendak mencariku. Salahkah andaianku? Atau salahkah aku kerana membuat andaian? Sedangkan, mereka yang tidak mahu aku membuat andaian-andaian itu, sepatutnya berterus-terang akan apa sebenarnya yang berlaku. Aku cuma manusia biasa, yang tidak mampu mentafsir secara total, tetapi hanya mampu menduga. Mampu berfikir dan merekacipta pelbagai andaian dan perkara, tetapi tidak akan mengetahui perkara yang sebenarnya sekiranya tidak diberitahu jawapannya!

Dan aku menangis lagi hari ini. Kerana kecil hati. Kerana berjauh hati. Dengan beribu soalan yang tiada jawapannya bermain diminda. Apa salah aku? Dimana salahku? Sewenang-wenangnya aku tidak dipedulikan lagi, seolah-olah aku manusia yang tiada hati dan perasaan.

Ogos..

Sudah lebih daripada setengah tahun berlalu bagi tahun 2008. Ogos sudah menjengah tiba. Cepat betul masa berlalu. Terfikir juga, apa yang telah berlaku sepanjang awal tahun ni. Kerja, kerja, kerja. Aku sedar, kekadang orang yang melihat, atau yang mendengar (apabila aku bercerita), pelik dengan aku yang berkerja selalunya sampai ke malam hari (biasanya, setiap pukul 9 malam aku pastikan aku sudah berada dirumah melayan dania, atau menonton tv). Tapi, kalau aku balik awal ke rumah, aku rasa bosan. Aku akan melayan rasa letih, dan mungkin tertidur! Aku rasa aku membuang masa. Jadi kerana itu, aku menghabiskan masa di pejabat (sekarang aku banyak kerja sangat!) sehingga jam 8 hingga 8.30 mlm. Kadangkala, bila dah sampai rumah, dah mandi, makan dan rehat sekejap, aku akan kembali segar dan bertenaga, dan seterusnya akan meneruskan kerja sehingga jam 1 pagi. Tidur, dan esoknya rutin yang sama akan bermula lagi sehinggalah kerja-kerja yang sedang membebani ini siap sepenuhnya.

Selepas itu, aku akan boleh relaks sedikit dalam kerja seharian. Menjenguk site, discuss dengan site supervisor, mengambil dania pada waktu petang dan membawa makan aiskrim sebagai upah menjadi 'good girl', dan ke taman permainan. Dan perancangannya, lepas siap kerja-kerja mengisi tender ni, aku nak pergi kuala lumpur, last shopping before ramadhan dan raya!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...